23 April 2010

takziah buat sharunreza sekeluarga~

salam wbt~
tatkala sdg enak study utk wat asg...
aku menerima sms dr recha..
amat terkejut kerana beliau memaklumkan bahawa..
ibunye telah pergi ke rahmatullah sebentar td..
al-fatihah ditujukan buat ibu reza
sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau
Allah swt mengetahui apa yg terbaik utk setia org...

"Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara: Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memanfaatkannya, atau Anak soleh yang mendoakan ke atasnya" (Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali Imran, ayat 185)

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
"Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu." (Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari)

semoga sahabatku...reza tabah menerima dugaan hidup yg amat berat ini...
sbg rakan,aku berkongsi kesedihanmu~
takziah buat reza sekeluarga

aku mengingatkan diri sndiri serta rakan2...
semoga kita yg masih pjg umur ini dpt mngambil pngajaran atas ape yg pnah berlaku
dan sebaiknya brsedia utk bertemu denganNya~

sumber hadis~saudari zini
time kasih~

"menjaga diri, Hiasi peribadi"

No comments: